Wednesday, 1 January 2014



INTISARI SURAH AL- FATIHAH

Surah ini dinamakan " Al- Fatihah " atau Pembuka atau mula-mula atau " Ummu 'l - Qur'an (Ibnu Al- Qur'an) dan Ummu'l -Kitab (Ibu Kitab suci), kerana mengandungi secara ringkas dasar-dasar yang kerananya Al Qur'an diturunkan untuk menerangkan satu persatu .iaitu :

1. Menetapkan wujud Allah 'Azza Wa Jalla yang mencipta seluruh alam.

2. Menyebutkan kesimpulan sifat-sifat Al-Jalaal ( Kebesaran ) dan sifat-sifat  Al- Kamaal (Kesempurnaan).

3. Manusia pada hari kiamat akan dibalas segala amalnya. Jadikan hidup di dunia ini tempat taat kepada Allah.

4. Menerangkan  tugas dijadikan manusia ialah untuk beribadat. Dengan ibadat akan menghidupkan iman, sihat tubuh badan, baik akhlak dan suci hati.

5. Menerangkan tentang kelemahan manusia, bahawa ia tidak akan dapat melakukan sesuatu melainkan dengan pertolongan Allah.

6.Perkara utama yang diperlukan dan dipohon ialah MEMPEROLEHI HIDAYAT dan TAUFIK kejalan bahagia dan cara menjalaninya.

6. Mengarahkan supaya memerhati dan menghayati  dengan mendalam kisah-kisah umat dahulu supaya menjadi tauladan kepada kita.

INGATAN PENTING :

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"